Tuesday, February 15, 2011

Aku dan kari telur...

Selamat menyambut maulidul rasul buat semua umat Muhammad S.A.W di seluruh alam... hari ni public holiday.. lepak jerk kat umah. Ibu aku awal2 lagi dah keluar untuk sambutan maulidulrasul... So ari ni aku kena masak untuk anak2.. takkan ibu aku lak nak masak kan..

Tengah aku duk pening memikirkan apa nak makan tghari nih.. tetiba jerk tekak aku teringin nak makan kari telur. Teringat kari telur ibu aku yang sedap tu... pergghh... camner nak buat nih? aku bukannyer pernah menggulai pun. Maksud aku tak pernah tanpa dipantau.. hihihi.. redah jerk ler...

Inilah hasilnyer gulai aku nih.. tak pekat macam ibu selalu buat.. tapi, boleh la untuk percubaan pertama... tak puas sebab tak pekat. lain kali boleh improve kan..


Ni resipi yg aku pakai...

6 biji Telur (direbus terlebih dahulu)
3 biji Kentang (dikupas kulit dipotong dadu besar)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 biji Bawang besar (aku tak pandai masak pakai bawang merah)
2 Ulas Bawang putih
4 sudu makan Serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
3 sudu makan Santan serbuk (dibancuh dengan air panas)
3 keping Asam keping
1 1/2 sudu kecil Garam
3 cawan Air

Pastu.. mula lah.. memasak.. Memula panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bancuhan serbuk kari.. sambil kacau yerk.. sebab ibu aku kata kari ni mudah hangus... so tumis sehingga naik bau.. masukkan air dan kentang... renehkan sehingga kentang empuk. Setelah itu, masukkan santan, asam keping dan garam.. biarkan hingga mendidih. Dah siap kari aku.. oh ye.. lepas aku tutup api bari aku masukkan tomato.. sebab aku tak suka tomato kecut.. hihihi.. boleh la cube.. tapi aku nasihatkan try and error.. sebab kari telur nih kalu pekat baru sedap.. hhhohoho, so ni guide line jerk... leh bagi cadangan kat aku apa yang aku tersalah atau terkurang bagi resipi kali ni?

Monday, November 29, 2010

Cinta kerana ALLAH

Sebelum ini aku pernah publish entry mengenai cinta pertama. Dan aku akui bahawa aku tak faham istilah cinta kerana Allah, jadi sebagai inisiatif dan tuntutan agama bahawa kita perlu mencari ilmu maka aku berusaha hingga aku temui artikel ini. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat darinya.

Allah menciptakan semua makhluk berpasang-pasangan. Hal ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, sama ada daripada yang ditumbuhkan oleh bumi atau daripada diri mereka ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

(Ya Sin 36:36)

Manusia diciptakan terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Lantaran itu Allah mensyariatkan perkahwinan. Perkahwinan merupakan satu ibadah. Ia mengandungi hikmah tertentu. Jika dihayati dengan sebenarnya pasti akan membuahkan natijah yang baik dan menguntungkan di dunia dan akhirat. Antara hikmah perkahwinan menurut Islam adalah untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

(Ar-Rum 30:21)

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. menerangkan bahawa Dialah yang mencetuskan rasa kasih, sayang dan kemesraan antara suami dan isteri. Dan kasih sayang itu adalah satu daripada tanda-tanda kekuasaan-Nya. Secara tidak langsung dapat difahami bahawa cinta yang terjalin antara lelaki dan wanita yang bukan suami isteri bukanlah sesuatu yang datang daripada Allah. Ia adalah hasutan syaitan dan kehendak nafsu semata-mata. Justeru, suami isteri harus sedar bahawa cinta yang terjalin antara mereka bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan fitrah, malah ia satu anugerah, rahmat dan nikmat daripada Yang Maha Esa. Maka demi mengekalkan rahmat dan nikmat yang sangat berharga, suami isteri harus meningkatkan rasa cinta mereka ke tahap yang lebih tinggi, lebih murni dan abadi, daripada cinta kerana ikatan ijab dan qabul kepada cinta kerana Allah.

Cinta kerana Allah adalah ikatan cinta yang dijalin di atas asas iman dan akidah. Seseorang yang mencintai saudaranya kerana Allah akan meletakkan saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri. Menurut asy-Syahid Hasan al-Banna, kasih sayang yang paling rendah ialah bersikap terbuka dan berlapang dada, dan yang paling tinggi ialah mengutamakan saudara. Sikap terbuka dan berlapang dada amat penting demi mengekalkan rasa cinta dan kasih sayang. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Jangan kamu putuskan hubungan dan tidak bertegur sapa, jangan benci-membenci dan dengki-mendengki. Jadilah kamu hamba-hamba Allah, sebagai saudara antara satu sama lain. Tidak halal bagi seseorang Muslim meninggalkan saudaranya (dalam keadaan bergaduh) lebih daripada tiga hari.”

(Riwayat al-Bukhari)

Berlapang dada juga bermaksud tidak bersangka buruk dan mencari-cari kesalahan dan kesilapan kemudian menghebahkannya kepada orang lain. Semua itu sangat dilarang oleh Allah. Dalam sepotong ayat, Allah s.w.t. berfirman (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.”

(Al-Hujurat 49:12)

Orang yang berkasih sayang kerana Allah sentiasa mengamalkan sikap toleransi, saling bermaafan dan tidak membesar-besarkan kesalahan saudaranya. Contoh terbaik adalah sikap pemaaf Rasulullah s.a.w. ketika menerima kekalahan dalam peperangan Uhud yang berpunca daripada segolongan sahabat tidak mematuhi arahan baginda. Peristiwa ini dirakamkam oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu) dan pohonkanlah ampun bagi mereka dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”

(Ali Imran 3:159)

Dalam hubungan ini, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Sesiapa yang meminta maaf kepada saudaranya yang Muslim, tetapi dia tidak memaafkannya, maka dia (saudaranya itu) menanggung dosa seperti pemungut cukai (secara tidak sah).”

(Riwayat Ibn Majah)

Cinta kerana Allah mementingkan pelaksanaan tanggungjawab lebih daripada menuntut hak. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya):

“Kewajipan Muslim ke atas saudaranya yang Muslim enam perkara:

  1. Memberi salam ketika berjumpa
  2. Memenuhi jemputannya
  3. Memberi nasihat
  4. Memohon rahmat ketika dia bersin
  5. Menziarahinya ketika dia sakit
  6. Mengiringi jenazahnya apabila dia telah meninggal dunia.”

(Riwayat Muslim)

Cinta kerana Allah juga tidak mengharap balasan dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan duniawi. Yang diharapkan hanyalah ganjaran daripada Allah serta keredhaan-Nya. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman (maksudnya):

“Orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku, untuk mereka singahsana daripada cahaya yang sangat indah. Mereka dicemburui oleh anbia’ dan syuhada.’”

(Riwayat at-Tirmizi)

Seandainya suami isteri dengan penuh sedar mencintai pasangannya kerana Allah dan menghayati segala tuntutannya, maka keindahan hidup ini bukan sahaja dapat dikecapi oleh mereka berdua, sebaliknya akan melimpah ruah ke dalam masyarakat, negara dan alam seluruhnya kerana rumahtangga adalah batu-bata yang membentuk masyarakat. Baik rumahtangga, sejahteralah masyarakat.

Ustazah Maznah Daud

Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

"Ukhuwah Teras Kegemilangan"

Tuesday, November 23, 2010

Persediaan kehamilan : Kaedah untuk hamil

Mula-mula aku agak malu nak publish entri ni.. maklumlah kitakan perempuan. Bimbang ada yang kata ak nak terbitkan kama sutra versi melayu pulak. Hah.. sudah!! Hihihi.. tapi aku fikirkan kembali, orang zaman sekarang ni pentingkan ilmu. Jadi aku di sini atas tujuan menyampaikan ilmu, pendapat dan buah fikiran semata-mata..

Bila bicara soal hubungan intim suami isteri, ada beberapa faktor yang sering menjadi persoalan, antaranya posisi, klimaks dan selepas hubungan.

  1. Posisi :

Secara logik akal, posisi di mana lelaki di atas adalah salah satu cara terbaik untuk hamil kerana posisi sebegitu membolehkan penetrasi lebih dalam dan hala tuju sperma lebih tepat di samping rahim wanita terbuka dengan sempurna. Menurut kajian, terdapat juga posisi lain yang mempunyai peluang yang sama iaitu masuk melalui arah belakang, n wanita dalam posisi merangkak. Posisi yang tidak digalakkan adalah sambil duduk, berdiri atau dengan posisi wanita di atas. Bukan apa, secara logik fikiran posisi ini melawan hukum graviti dan mungkin agak sukar bagi sperma sampai ke rahim atau telur wanita. Itu secara logik akalnya. Tetapi dari segi teori yang kita semua pelajari, hmm sperma itu hidup dan mampu bergerak dan berenang dengan sendiri. Cuma aku rasa kaedah dan posisi yang dicadangkan hanya membantu sedikit. Ada petua orang tua-tua yang menyatakan posisi wanita di atas akan menghasilkan anak perempuan dan posisi lelaki di atas akan menghasilkan anak lelaki.. tapi... aku rasa tak kot... anak sulung aku tu pompuan... ape cer? Hihihihi...

  1. Klimaks :

Adalah penting bagi seorang suami untuk mencapai klimaks dalam usaha untuk hamil, namun klimaks bagi isteri juga membantu dalam usaha membawa lebih banyak sperma ke dalam rahim. Ini hanya sekiranya isteri mencapai klimaks pada masa yang sama atau setelah suami mencapai klimaks.

  1. Selepas hubungan :

Ada pendapat yang menyatakan, kita perlu relaks atas tempat tidur sekurang-kurangnya setengah jam selepas hubungan intim. Paling baik sekiranya kita mengalas punggung dan pinggul dengan bantal. Secara logik akal, mungkin membantu atas faktor tarikan graviti. Tetapi, ini membuatkan wanita terdedah kepada jangkitan pada saluran kencing dan doktor menyarankan agar kita segera ke tandas untuk membersihkan diri. Selain itu, dari sudut agama juga mementingkan kebersihan. Malah kita disarankan supaya mandi junub ataupun sekurang-kurangnya mengambil air sembahyang sebelum tidur selepas hubungan intim suami isteri....

Oklah.. itu sahaja buat kali ini... nanti aku akan update lagi.

Memulakan keluarga

Aku percaya setiap pasangan yang ingin berkahwin atau telah berkahwin Listenpastinya mahukan cahayamata. Aku sendiri telah mempunyai 3 orang cahayamata, seorang perempuan dan dua lelaki. Tetiba aku tersenyum sendiri pabila teringatkan mereka. Amat meletihkan dfan memeningkan kepala. Aku bukanlah seorang ibu yang sempurna, namun aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai apa yang aku tahu, apa yang aku baca, dan apa yang aku dengar. Mudah-mudahan menjadi pedoman pada yang lain. Aku ingin menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk semua (kumpul pahala secara tak langsung..)

Ok, banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum kita memulakan keluarga. Tambahan pula kalu melibatkan orang baru, maksud aku anak... kerana anak ini merupakan anugerah Illahi yang tak ternilai harganya. Jadi sebelum merancang untuk hamil beberapa perkara harus diberi perhatian antaranya ialah:
  1. Persediaan dari segi material iaitu kewangan keluarga
  2. Persediaan dari segi spiritual iaitu kesediaan suami atau isteri menerima bayi
  3. Persediaan dari segi fizikal iaitu diet isteri, diet suami, kesihatan badan isteri.
  4. Bagaimana bayi itu dihasilkan; untuk itu kita harus tahu masa subur.
  5. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk hamil.
  6. Kaedah terbaik untuk hamil.
  7. Ujian kehamilan.
  8. Penjagaan sepanjang tempoh kehamilan.
  9. Persediaan untuk menyambut kelahiran.
  10. Penjagaan selepas kelahiran.
  11. Penjagaan ibu semasa dalam proses berpantang.
  12. Penjagaan anak2 sepanjang proses pembesaran.
Dan aku rasa banyak lagi yang tak mampu aku nak senaraikan. Sebab tak ada manual yang boleh beritahu kita cara bagaimana untuk menjadi ibu dan ayah. Semuanya kita perlajari dalam tempoh hayat kita. Tak semua ibu bapa melalui ragam dan karenah yang sama. Jadi kita memerlukan cara yang berbeza dalam menangani masalah yang pelbagai. Dan disini aku ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan aku... mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada rakan2 yang lain.

Ok.. di entri yang seterusnya aku akan publishkan sedikit demi sedikit info yang aku kumpul untuk pengetahuan kita bersama. InsyaAllah..

Read phonetically

Thursday, November 18, 2010

Kelebihan pelukan yang tidak kita ketahui

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

-------------------------------------------------------------------------------------------

So, all husband out there... what are you waiting for? go and hug your wife... i'll hug my hubby even more after this.. hihihihi..

Tuesday, November 16, 2010

Yang sempurnakan ku


Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakan ku

Bila kau jauh... Aku selalu rindu
Bila kau ada... Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu

Bila kau jauh... Aku selalu rindu
Bila kau ada... Hatikan berbunga
------------------------------------------

Alangkah bahgianya hidup pabila diri menjadi pujaan sang kekasih... Abang, ayang ingin selalu berada dekat dihatimu... izinkan aku sayang...

Kanda dinda

Atilia : Oh Kekanda jgn irihati, Dinda naik pangkat lagi..
Monoloque : Oh Adinda, Kanda mana dengki, malah Kanda support bini..

Atilia : Jadi Dinda mahu mengambil masa
Monoloque : Tapi Kanda mahu segera
Atilia : Dinda ingin berjaya dalam kerjaya
Monoloque : Tapi Kanda mahu cahaya mata
Atilia : Dinda belum bersedia
Monoloque : Kanda dah beria-ria
Atilia : Jadi yg mana satu?
Both : Tak perlu bertengkar, Tak perlu bermasam muka

Monoloque : Oh Adinda, tolong jgn lekas curiga, lekas cemburu buta
Atilia : Oh Kekanda, Dinda perlu berhati-hati ,tak rela dikongsi

Monoloque :
Kanda kerja overtime, terlebih masa
Atilia : Itu yg Dinda harus berwaspada,
Monoloque : Ini semua demi masa depan keluarga
Atilia : Dengan Dinda atau sebaliknya?
Monoloque : Kanda kerja malam
Atilia : Dinda kerja siang
Monoloque : Jadi bila nak bertemu?
Both : Tak perlu bertengkar, Tak perlu bermasam muka
Atilia : Oh adiwira, dewataku, mari ikut cara Dinda!
Monologue : Oh Tun Teja, intan permata, mari ikut cara Kanda!
Both : Oh bagaimana? bagaimana kita nak selesaikannya? apa keputusannya?

Atilia : Oh Kekanda mari Nyawa, kita cuba komunikasi!
Monoloque : Oh Adinda mari Sayang, kita cuba toleransi!
Both :
Walau kita janji sehidup semati, kita berlainan

Monoloque : Kanda polar kutub Utara
Atilia : Dinda kutub Selatan
Both : komunikasi, sikap toleransi! itu yg kita perlu, Tak perlu bertengkar, Tak perlu bermasam muka

Monoloque : Walau kita sering dgn cara masing2,
Atilia : Kanda yg Pertama,
Monoloque : Dinda yg Utama,
Atilia : Kanda segalanya..
Monoloque : Dindalah Nyawa,
Both : Kita tetap bahagia bila bersama sama, bahagia bersama, bersama slamanya, bahagia selama- lamanya!
--------------------------------------------------------------------------

Kisah asam garam rumah tangga... Mungkin berlaku pada kebanyakkan org. Masa bercinta kita takkan pandang pada perbezaan antara kita dengan pasangan. Namun apabila dah kawin, semuanya berubah kerana kita perlu menerima segalanya tentang si dia. Kelebihannya, kekurangannya, keluarganya, masa silamnya, segala-galanya. Takkan boleh berpatah balik setelah kita ijab dan kabul. Proses penyesuaian akan mengambil masa. Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi, alam rumah tangga ada masam dan ada manisnya... Kita perlu sedar bahawa jarang terdapat pasangan yang benar2 sehati dan sejiwa. Mungkin ada, tetapi nisbahnya terlalu tinggi. Jadi yang paling penting kita harus bertolak ansur dan saling melengkapi... Jangan berharap yang pasangan kita akan menjadi sepertimana yang kita impikan kerana mereka juga individu yang mempunyai identiti tersendiri. Terimalah mereka seadanya, kerana itulah jalan yang sebaik-baiknya.. jangan ubah pasangan kita menjadi seseorang yang bukan mereka.

Monday, November 15, 2010

Antara lemah dan lembut...

Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut… ..

besar perbezaannya

Namun Ada yang tidak rela mengakuinya

Telah ditakdirkan …

kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan..

Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam…

Diam seolah-olah menerima…

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani… di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .

celik Mata sarapan sudah terhidang

Apabila pulang dari pejabat…

di kerusi malas longlai terlentang

Isteri dikatakan lemah…

bergelut di dapur memasak

Suami yang mengaku gagah…

bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah…

terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju

Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud…

Menyembah yang Satu

Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersadar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati…

Ingin menghapuskan diskriminasi

Lantang membela nasib wanita… .

Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak

Membasuh pakaian,menyediakan makanan

Jika suami tidak terdaya melakukannya

Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan

Tidak mampu menerima perubahan

Rela bertahan bagaimana jua

Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam

Wanita yang sering dianggap lemah

Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

‘KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,

KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,

KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT’

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,

Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..

Sumber : Sebutir kasih sejuta sayang


Maka dengan itu, mengertilah wahai insan yang bergelar suami..... Bukan ku pinta segunung pujian, tidak ku damba diagung-agungkan, hanya ku pinta sekelumit pengertian dari seorang insan yang ku panggil suami. Hati ini terlalu rapuh untuk dipatahkan, perasaan ini terlalu mudah untuk dikecewakan, kerana kau terlalu ku sayangi.

Dia isteri...

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati
Penajam fikiran
Di rumah dia isteri
Di jalanan dia kawan
...Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberikan dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta bila tiada kita kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu sentiasa kekal untuk diwariskan


Sumber : tak ingat dah laman web die...

Cintailah aku sepenuh hati...

Di dalam hatimu
Telah aku temukan
Erti kebahagian
Bersama dirimu
Aku merasa bererti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan
Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
(Tiada arti semua bila kau pergi)

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah di sini saling memiliki
S’lama-lamanya

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saat ku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

-----------------------------------------------

Janganlah mencari cinta yang sempurna. Kerna kita takkan bisa menemui cinta yang sempurna. Kesempurnaan pada cinta ada pada kita dan pasangan kita... Cintailah pasangan kita dengan sepenuh hati... kerana dengan itu baru kita akan bisa menemukan kesempurnaan dalam cinta. Kekurangan kita adalah kelebihannya dan kelebihan kita adalah kekurangannya. Bukan bermakna kita tidak sehati dan sejiwa, tapi fitrah kejadian manusia dan rahsia Allah yang menmjadikan kita saling melengkapi antara satu sama lain... Terimalah pasangan kita seadanya dan cintailah dia sepenuh hati, disitu akan kita temui kesempurnaan pada cinta...

Abang, ayang cintakan abang sepenuh hati ini... moga Allah merestui hubungan kita dan moga kita temui bahgia dunia hingga akhirat...

Sunday, November 14, 2010

Donut...


Bahan-bahan :
  • Tepung donut 500gram
  • Gula 3 sudu makan
  • Garam 2 sudu teh
  • Mentega 3 sudu makan
  • Yis 2 sudu teh
  • Susu segar 300ml
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Sugar icing untuk salut
Cara-cara :
  1. Masukkan Tepung, Gula dan Garam ke dalam mangkuk. Gaulkan.
  2. Buat lubang di tengah masukkan susu segar dan yis. Sebati kan.
  3. Masukkan mentega ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
  4. Setelah adunan sebati, uli adunan sehingga adunan tidak melekat pada jari.
  5. Kemudian tutup adunan dengan plastik pembalut ataupun tuala lembab. Biarkan selama 2 jam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.
  6. Pastikan adunan telah naik dengan membuat finger test (sekiranya terdapat kesan jari pada adunan bermakna adunan telah naik)
  7. Canaikan adunan dan bentukkan donut sebagaimana yang diingini.
  8. Pastikan minyak panas, kemudian kecilkan api.
  9. Goreng donut sehingga kekuningan.
  10. akhir sekali salut dengan gula icing.
Info :
  • Donut aku ni tak gebu sangat, tapi aku ada dapat petua kalu nak gebukan donut boleh masukkan kentang lecek dalam 1 sudu gitu... ada juga yang petua gunakan taufu yang tau fu fa tu.. tapi gula jgn campur laa.. kang kencing manis pulak.. hihihihi..
  • Adunan aku ni dapat dalam 40 biji.. sebab aku bentuk tak besar sangat, senang anak-nak makan bukan apa..
  • Aku pun baru 1st time buat.. nanti kalu dah pro aku update info kat sini.. ok.. cube la..


Wednesday, November 10, 2010

Cinta pertama...

Dah lama aku tak update blog ni.. banyak yang aku nak tulis.. cuma masa tak mengizinkan... so to come back... takes time.. but sure.. i'll bring this alive again...

"Cinta pertama sukar untuk dilupakan, sampai mati pun takkan lupa.." dialog dari cerita Chinta di TV3... membuatkan aku teringat kepada seseorang... setelah sekian lama, die kembali di ingatan ku... bukan bermakna aku telah lupakan die cuma aku tak ingat... sebab masing2 telah mempunyai kehidupan sendiri...

Aku yakin.. ramai antara kita mempunyai sejarah cinta pertama. Sesiapa yang cinta pertamanya kekal abadi bersamanya, itu adalah satu bonus. Tapi bagi aku, cinta pertamaku berkubur di tengah jalan... Aku tak pernah menyesal, kerana aku bahgia dan bersyukur dengan hidup dan cinta yang ku miliki kini... Tapi cinta pertama kekal diingatan, kerana ia membuatkan aku belajar menyayangi orang lain selain dari diriku sendiri... aku belajar erti rindu, aku belajar untuk memahami hati org lain... cinta pertama selalunya membuatkan kita lebih matang dalam mengenal erti cinta dalam kehidupan kita. Dan adakalanya cinta pertama memberi impak yang besar di dalam kehidupan kita...

Aku juga tak lari dari impak cinta pertama... tapi adakah cinta yang pertama kali dirasakan didalam hidup kita layak dikatakan cinta pertama? bagaimana pula dengan istilah cinta monyet atau cinta remaja? Sebenarnya banyak tafsiran mengenai cinta, bergantung kepada pendapat individu... kebanyakkan pendapat yang dizahirkan menyatakan cinta kerana ALLAH adalah cinta yang sejati. Bagaimana kita nak tahu yang kita cintakan seseorang kerana ALLAH? aku sendiri tak tahu... bagi aku bagaimana kita mengendalikan perhubungan, tingkah laku dan perasaan kita semasa bercinta... itu yang penting.

Cinta boleh membuatkan orang menjadi gila kalu tidak dapat mengawal perasaan. Aku juga pernah melaluinya. Pertama kali aku mengalami putus cinta, aku hampir2 memusnahkan hidup aku sendiri. Kerana tidak dapat mengawal perasaan sendiri.. aku lakukan perkara2 yang tidak aku banggakan malah aku cukup menyesal kini. Kerana seorang lelaki aku memperbodohkan diri sendiri. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk bangkit kembali. Aku membalas dendam dengan cara mempermainkan perasaan lelaki lain... banyak hati yang aku lukakan sepanjang tempoh aku mengubati hati sendiri. Antara ramai2 lelaki yang terlibat, ada seorang yang betul2 ikhlas menyayangi aku... aku tahu dia lelaki yang baik. Cukup segalanya, duniawi dak akhirat. Tetapi aku tak boleh menerima dirinya. aku rasa dia berhak untuk mendapat perempuan yang lebih baik dari aku. Buat insan bernama Nazrin, maafkan aku... aku tak berniat untuk melukakan hatimu.

Dan dikala aku telah mula menerima kenyataan, pada saat itu hadirnya seorang lelaki yang kini bergelar suami padaku... Dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna, namun cukup sempurna dimataku. Kerana dia melengkapi diriku... kekuranganku adalah kelebihannya, dan kelebihanku adalah kekurangannya. Abang, terima kasih kerana masih sudi menyayangiku walaupun abang tahu semua cerita hidupku. Aku mahu hubungan ini telus, tak ada apa yang aku sembunyikan dari abang. Malah abang tahu setiap lelaki yang hadir dalam hidupku... dan aku tahu, dalam ramai2 lelaki yang abang tahu... cuma seorang yang abang tak suka dengar mengenainya. Abang tahu yang aku tak pernah lupa padanya. Walaupun tiada lagi rasa cinta padanya... namun dia tak pernah ku lupa kerana dialah cinta pertamaku... tapi abang adalah syurga bagiku.. Aku cinta padamu, Muhammad Aidil bin Ibrahim...

Tuesday, July 27, 2010

Menghampiri Ramadhan

assalamualaikum..

Hari ini 15 syaban... alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan puasaku. Lagi 2 minggu umat islam akan kembali bertemu dengan bulan Ramadhan yang dirindui... bulan dimana segala amalan kita akan digandakan oleh Allah. Syukur.. moga aku berjaya mengharungi bulan yang mulia ini...

Bercakap mengenai bulan puasa... benda pertama yang bermain difikiran kita tentulah resipi kuih-kuih tradisional yang akan mula membanjiri pasar-pasar Ramadhan yang tentunya banyak di merata-rata tempat... Oleh itu, aku juga akan berkongsi resipi kuih tradisional yang sering aku sediakan untuk keluarga ku di bulan yang mulia...

Hanya resipi-resipi yang aku biasa lakukan... untuk permulaan aku telah sediakan resipi kuih yg aku paling suka... popiah sayur.. huhhuuhu.. boleh didapati under label Resipiku... Buat masa-masa akan datang aku akan cuba publishkan resipi2 lain yg sering aku sediakan... Enjoy...

Popiah sayur

Bahan-bahan

  • Kulit popia 1 bungkus (50 pcs)
  • 1 biji sengkuang
  • 1 biji carrot
  • 2 keping tauhu
  • 2 biji telur
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Tepung gandum untuk dibuat gam.
  • minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara

  1. Sengkuang dan carrot disagat.
  2. Tauhu digoreng dan dihancurkan, dan telur digoreng hancur.
  3. Bawang besar dihiris untuk menumis.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau, masukkan sengkuang dan carrot kacau sekejap. Masukkan kiub ayam (dihancurkan), lada sulah dan sedikit garam. Kemudian masukkan tauhu dan telur. Gaul sehingga sebati. Tutup api dan toskan dan sejukkan inti.
  5. Ambil kulit popia, letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus dan gam dengan menggunakan bancuhan tepung gandum. Buat sampai habis.
  6. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.

Info

  • Sayur boleh digantikan dengan sayur yg lain mengikut kesesuaian. Namun sayur yang berair seperti timun tidak digalakkan. Sayur lain seperti taugeh dan kacang panjang boleh digunakan.
  • Bahan untuk dibuat gam jugak boleh digantikan dengan bahan lain contohnya putih telur atau tepung jagung. Cuma penggunaan tepung gandum adalah digalakkan kerana menjimatkan kos.
  • Inti adalah PERLU ditoskan dan disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kulit popiah pecah atau basah... sekiranya kulit popiah pecah atau basah ini akan mengakibatkan kuih korang 'makan minyak'
  • Last but not least, tak perlu goreng lama.. kerana semua bahan telah masak... so.. cubelah!

Monday, July 26, 2010

Selera Jiwa

Pagi ini.. adib berikan aku helaian kertas yg menarik perhatianku.. walaupun warnanya cuma hitam dan putih namun kata-kata didalamnya menarik minatku untuk berkongsi bersama.

Jika saya diberi 8 jam untuk menebang sebatang pokok, saya akan menghabiskan 6 jam untuk menajamkan kapak. -Abraham Lincoln-

Ketika saya masih muda, saya telah memerhati 9 daripada 10 perkara yang saya lakukan menemui kegagalan. Saya tidak mahu menjadi orang yang gagal, lalu saya bekerja 10 kali ganda lebih kuat. - George Bernard Shaw-

Makanya, adakah kita juga mahu menjadi org yg gagal? oleh itu kengkawan amik lah iktibar... renung2kan dan selamat beramal.

Kredit to Persatuan sinaran muda ampangan (PSMA)

Katak keluar tempurung...

Banyak yang aku fikirkan akhir-akhir ini... bila aku pandang muka anak-anak... aku terbayangkan aku semasa kecil... hidup aku, kisah ibu dan ayah, alam sekolah, kawan-kawan, semua bermain di fikiran... paling aku tak lupa... arwah tok dan tok wan... tu yang buat aku menangis setiap kali. Air mata aku tak pernah jemu mengalir bila saja aku terkenang kan arwah insan yang membesarkan aku. Masa arwah wan meninggal... aku menangis dari Seremban sampai Alor Setar... Masa arwah tok meninggal... aku ada di hospital, tapi bila aku tgk tok dalam keadaan tak bernyawa... aku pitam, mujurlah ada suami disisi yang menemaniku setiap masa... namun air mataku berhenti mengalir setengah jam selepas tok disahkan meninggal. Selepas itu tiada setitik pun air mata aku yang gugur... Aku senyum sentiasa... semasa membaca yassin berkali-kali untuk arwah tok semasa mayat sampai ke rumah, semasa aku turut sama memandikan tok, semasa aku turut sama membalut kapan mayat tok, dan semasa aku mengiringi jenazah tok keluar dari perkarangan rumah... Dan ketika semua adik-beradik ibu masih menangis... air mata ku telah kering. Namun aku tahu, tok telah terlepas dari sengsara dunia... dan aku tak perlu lagi risau setiap kali tok diserang sakit jantung... Aku cuma perlu jalankan tanggungjawabku yg terakhir... sedekahkan sebanyak mungkin pada arwah tok dan tok wan... itu jerk cara aku membalas budi mereka... terima kasih tok.. terima kasih wan...

Dan kini.. jauh dari saudara-mara, ibu berasa dirinya tersangat yatim... walaupun ibu mmg telah menjadi yatim piatu... namun kesunyian yang dirasakannya aku faham... Dan atas dasar itu, ibu minta supaya aku jangan menyatimkan anak2 aku... mereka masih mempunyai sedara-mara. Lama aku berfikir sebelum aku lepaskan egoku sedikit demi sedikit... Dan dalam aku membina jatidiri aku sedar.. aku harus memberikan hak anak2 aku kembali... aku perlu berikan hak mereka...

Selama ini, aku membawa anak2 ku jauh dari keluargaku yang kacau bilau... aku menarik suamiku jauh dari keluargaku... aku merapatkan diri dengan keluarga mertua... namun aku merasa dunia ku ini amat kecil... Dengan dorongan ibu, aku kembali mencari adik-beradikku. Demi untuk anak2... itu telah ku lakukan. aku akan membawa anak2 aku ke satu lagi level dalam hidup ini... biar mereka tahu... inilah sebenarnya ibu mereka... dan aku harap aku akan dapat kenalkan kepada mereka siapa atuk mereka yang sebenar... namun untuk itu.. aku masih perlu mengumpulkan segala kekuatan yang ada... kerana itulah luka ku yang paling dalam... selumbar paling tajam yang menusuk hatiku... Setelah bertahun2 aku melupakan panggilan Ayah...

Nur Edlyana Aidil, Muhammad Aniq Zafran dan Muhammad Adib Darius... ibu harap ibu akan kuat untuk memecahkan tempurung yang selama ini ibu gunakan untuk melindungi hati anak2 ibu dari terluka seperti ibu... Ibu mahukan yang terbaik untuk anak2 ibu... Ibu sayang kakak, abang dan adik....

Monday, July 19, 2010

KSA Family day 2010

Assalamualaikum...
Sabtu, 17 Julai 2010. KSA telah mengadakan family 2010 yg bertempat di Desa Water Park.

(huhu.. setelah seminggu berlalu baru aku dapat kesempatan nak sambung balik post nih... hehehehe... bz ler sgt...)

Okey... pepagi giler kiterorg kuar dr rumah.. my love tak nak jadi mcm selalu kiterorg yg paling lambat sampai... dah ler terlewat bangun... nasib baik anak2 tak meragam lak pagi tu... ni ler rupenyer pagi yang indah tersebut.. panas yg tak berapa terik... angin sepoi2 bahasa yang membuatkan hati kecil ku ini berkata.... kalulah dapat sambung tidur.. alangkah syiookkk ooo.... tapi demi kerana my love... aku gagahkan jua... siapkan anak2... siapkan baju salin semua.. jajan... everything complete.. then, the jurney begin...
Entah gambar kereta sapa yg aku amik tp... ni la keadaan di perjalanan ke lavender height (tempat team KSA berkumpul) aku suke benda2 macam ni.... nak cari pengalaman untuk aku aplikasikan ke kelab TKN... sebab aku rasa... warga TKN perlukan suntikan semangat macam nih... cube tgk nih... bukan setakat aku ngan my love jerk yg bersemangat... anak2 aku pun bersemangat.. walaupun kena kerah bangun pagi, namun happy jerk dieorg aku tgk... siap nyanyi lagu tema world cup lagi dalam keta.. agaknya la.. sebab aku cuma paham waka waka jerk dari apa yang dieorg nyanyikan.... hehe.. what ever pun, ibu sayang korang...
Sampai jerk kat sana.. anak2 aku dah teruja nak mandi kat kolam yg ada.. Puas aku pujuk... MC lum mula acara, budak2 dah mula acara... bukan setakat anak2 aku jerk.. anak2 staff yg lain pun sama.. hehe.. tu la namanya budak2 kan.. Macam-macam aktiviti yang dijalankan... cuma 2 game yg diperuntukkan oleh pihak pengurusan.. selain itu, ikhtiar dan idea staff... Kredit to jawatankuasa Family Day KSA 2010...
Antara aktiviti yang dijalankan hari tu adalah seperti berikut;
1) baling belon... kumpulan kami no.3.. huhuhuu.. sebab abg shah mengelat.. hampeh..
2) Balut mummy... kumpulan kiterorg dapat no.23) Tiup belon versi kanak2.. kalah anak2 aku.. tak pandai lagi...
4) Tiup belon versi bapak-bapak... tak menang jugak.. huhuhu....5) Cari gula-gula... kaut sikit punya.. tgk dalam baju cuma ada 2? mana lagi...? kalah jugak....
6) susun alphabet.. lyana menang 1st round jerk...
7) Minum botol.. huhu.. jarang2 dpt tgk nih... aku paham.. takde pengalaman...hihi.. kalah gak....
Alhamdullillah semuanya berjalan lancar.. dan.. aku rasa anak2 paling happy.. walaupun yang jelas nampak my love tu.. enjoy giler... keep it up KSA... yang paling thumb up, bile big boss pun join main game sama mcm staff lain. Waktu tu tak nampak jurang antara boss dengan staff. Inilah sebenarnya yang diharapkan oleh pekerja2 kecik macam kami ni... peluang untuk rapat dengan boss.. bukan selalu kita dapat bermesra begini kan.... Aku harap budaya ini dapat aku serapkan ke TKN... aku sebenarnya suka bekerja dengan TKN... namun ada jurang yang agak ketara antara boss dengan pekerja... aku harap.. dapat carik jalan untuk mengecilkan sedikit jurang tersebut...

Friday, July 16, 2010

Coloring contest

Assalamualaikum...Sabtu, 10 julai 2010... pertandingan mewarna anjuran mini MAHA diadakan di tapak Kem Paroi... Aniq n Lyana turut serta dalam pertandingan nih... Terpaksalah aku dan my love korbankan waktu tidur berharga dan terpaksa bangun pagi2 untuk hantar diaorang ke sana. Kebanyakkan peserta terdiri daripada budak2 tadika perpaduan dari kawasan sekitar seremban. Agak ramai jugak la yang menyertainya.

Aniq n Lyana amat teruja kerana ini adalah kali pertama dieorg masuk pertandingan sebegini... tapi tak dapat nak komen hasil kretiviti anak2 aku nih. terlalu abstrak untuk dinilai.. huhuhu.. selalunya dieorg mewarna menggunakan kaler pensil.. tetapi kali ni pertama kali belajar mengunakan water kaler... kekok jugak tgk kanak2 yg pertama kali memegang berus....

Ni masa stage pertama.. masih dapat kontrol apa yg nak diwarna.... ikut line lukisan yang dilukiskan di atas tabung buluh... aku rasa masa yang diberikan terlalu lama... dari pukul 10.30 hingga 1.30.. kesudahnya budak2 ramai yg berlari2 keliling khemah. dah tak dapat nak dikawal lagi.. termasuk lah anak2 aku... sebab budak akan cepat bosan kalu melakukan sesuatu untuk jangkamasa yang terlalu lama...

Pada hari tersebut juga.. aku hampir2 kehilangan Aniq... puas aku mencari dia merata2 di keliling khemah.. rupa2nya dia ikut kawan yang baru dikenali ke gerai pameran yang berhampiran dengan khemah.... nak mendadak darah tinggi aku.. hingga aku tak sedar aku telah meninggikan suara dikhalayak ramai...

Maafkan ibu sayang...

Saturday, July 10, 2010

Jahit manik

Assalamualaikum...

Hai, kali aku nak tolong promotekan periuk nasik adik iparku... huhuhu... adik iparku ni tangannya menjadi jerk buat apa.. agaknya mengalir bakat tu dalam darah kot... sebabnya mak mertua aku pandai menjahit... kakak iparku juga seorang tukang jahit... adik iparku ini jugak menjahit... jahit manik...

Ada sekali dua aku mencuba tapi... tak cantik lah macam yg dia buat.. tangan aku ni takde seni agaknya.. hehehe... Adik iparku beroperasi dari rumah kerana gerai tempat jualannya di Bazaar MAINS tak mendapat sambutan.. bagiku lokasinya kurang strategik. kawasan itu kalu tengahari mmg crowded sebab kat situ lah bank... dan kedai2 especially dekat sikit ade kedai number.. 4D... parking susah... dan yang paling penting display tak nampak langsung.. orang kena masuk ke dalam bangunan untuk mengetahui apa yang ada didalam.

Cukup la dengan idealogi aku tu... sekarang aku nak cerita pulak mengenai produk... dia menjahit manik pada baju kurung.. tudung... baju pengantin... layah kepala pengantin... pendek kata selagi ada fabrik... dia ada amik part time jahitkan manik untuk sebuah butik... sambil tu dia juga terima kerja luar... Harga bergantung kepada corak, fabrik dan berapa banyak... hehehe.. aku rasa la... dan harga boleh dibincang semasa membuat tempahan... disini aku lampirkan contoh2 hasil tangannya... maaf visual kurang menarik sebab gambar dari handphone,.... handphone lak kokak jerkkk...

Monday, July 5, 2010

Little boy and his haircut

Hai... selamat malam semua...
Seperti biasa... cerita dibawa dari kelmarin.. hihihi... semalam kisah Little girl... hari ini kisah little boy. little boy dengan tukang gunting...

Petang kelmarin.. adalah hari gunting rambut buat lelaki2 dalam hidupku.. huhuhu.. setiap 2 bulan my love akan membawa anak2 untuk gunting rambut. Untuk my love dan anak lelakiku Aniq yg berusia 5 thn.. ia adalah aktiviti biasa.. cuma bagi si kecil ku Adib, ia adalah kali kedua.. sesaat aku melangkah masuk kedai gunting aku terbayangkan 2 bulan lepas... dia menangis sekuat2nya.. aku risau peristiwa yg sama akan berulang kembali...

Ternyata kerisauan ku adalah sia2.. sama seperti abangnya, cuma kali pertama anakku akan menangis... masuk kali keduanya... hmm.... dia sendiri yg akan panjat naik ke atas kerusi... dan kali ni proses potong rambut bertambah lancar dan kemas... Dan yang membuat aku tersenyum setiapkali tukang gunting mengerakkan kepalanya, dia mengikut alunan si tukang gunting tersebut... kelakar pun ader melihat gelagat si kecil ku itu. Mujurla dia tak menangis lagi...

Itu kisah si kecil.. abangnya pulak lain cerita, buat pertama kalinya dia meminta stail rambut yang dia mahukan... bila si tukang gunting bertanya kepada my love, "apa fesyen mau gunting?" cepat2 dia jawab, "nak rambut pacak..." tu la fesyen yg dirasanya paling cantik ketika ini.. kelakarkan? lalu hatiku berkata... "Dah besar rupanya anak aku ni.."

Sebenarnya, aku rasa setiap ibu akan merasa yang anak2 sentiasa kecil dimatanya walaupun pada hakikatnya anak2 itu telah membesar... telah berdikari... mempunyai citarasa... dan pendapatnya yang tersendiri... suatu hari nanti aku harus akui bahawa... aku harus membiarkan anak2 ku mencari identiti dan hidupnya yang tersendiri... sebagai ibu aku mahukan yang terbaik untuk anak2... namun aku harap aku bukanlah seorang ibu yang mengatur hidup anak2nya... aku akan memberi pendapat dan pandanganku sebagai ibu.. namun pilihan adalah ditangan mereka... mampukah aku?