Showing posts with label Resipiku.... Show all posts
Showing posts with label Resipiku.... Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Aku dan kari telur...

Selamat menyambut maulidul rasul buat semua umat Muhammad S.A.W di seluruh alam... hari ni public holiday.. lepak jerk kat umah. Ibu aku awal2 lagi dah keluar untuk sambutan maulidulrasul... So ari ni aku kena masak untuk anak2.. takkan ibu aku lak nak masak kan..

Tengah aku duk pening memikirkan apa nak makan tghari nih.. tetiba jerk tekak aku teringin nak makan kari telur. Teringat kari telur ibu aku yang sedap tu... pergghh... camner nak buat nih? aku bukannyer pernah menggulai pun. Maksud aku tak pernah tanpa dipantau.. hihihi.. redah jerk ler...

Inilah hasilnyer gulai aku nih.. tak pekat macam ibu selalu buat.. tapi, boleh la untuk percubaan pertama... tak puas sebab tak pekat. lain kali boleh improve kan..


Ni resipi yg aku pakai...

6 biji Telur (direbus terlebih dahulu)
3 biji Kentang (dikupas kulit dipotong dadu besar)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
1/2 biji Bawang besar (aku tak pandai masak pakai bawang merah)
2 Ulas Bawang putih
4 sudu makan Serbuk kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
3 sudu makan Santan serbuk (dibancuh dengan air panas)
3 keping Asam keping
1 1/2 sudu kecil Garam
3 cawan Air

Pastu.. mula lah.. memasak.. Memula panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan bancuhan serbuk kari.. sambil kacau yerk.. sebab ibu aku kata kari ni mudah hangus... so tumis sehingga naik bau.. masukkan air dan kentang... renehkan sehingga kentang empuk. Setelah itu, masukkan santan, asam keping dan garam.. biarkan hingga mendidih. Dah siap kari aku.. oh ye.. lepas aku tutup api bari aku masukkan tomato.. sebab aku tak suka tomato kecut.. hihihi.. boleh la cube.. tapi aku nasihatkan try and error.. sebab kari telur nih kalu pekat baru sedap.. hhhohoho, so ni guide line jerk... leh bagi cadangan kat aku apa yang aku tersalah atau terkurang bagi resipi kali ni?

Sunday, November 14, 2010

Donut...


Bahan-bahan :
  • Tepung donut 500gram
  • Gula 3 sudu makan
  • Garam 2 sudu teh
  • Mentega 3 sudu makan
  • Yis 2 sudu teh
  • Susu segar 300ml
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Sugar icing untuk salut
Cara-cara :
  1. Masukkan Tepung, Gula dan Garam ke dalam mangkuk. Gaulkan.
  2. Buat lubang di tengah masukkan susu segar dan yis. Sebati kan.
  3. Masukkan mentega ke dalam adunan. Gaul hingga sebati.
  4. Setelah adunan sebati, uli adunan sehingga adunan tidak melekat pada jari.
  5. Kemudian tutup adunan dengan plastik pembalut ataupun tuala lembab. Biarkan selama 2 jam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.
  6. Pastikan adunan telah naik dengan membuat finger test (sekiranya terdapat kesan jari pada adunan bermakna adunan telah naik)
  7. Canaikan adunan dan bentukkan donut sebagaimana yang diingini.
  8. Pastikan minyak panas, kemudian kecilkan api.
  9. Goreng donut sehingga kekuningan.
  10. akhir sekali salut dengan gula icing.
Info :
  • Donut aku ni tak gebu sangat, tapi aku ada dapat petua kalu nak gebukan donut boleh masukkan kentang lecek dalam 1 sudu gitu... ada juga yang petua gunakan taufu yang tau fu fa tu.. tapi gula jgn campur laa.. kang kencing manis pulak.. hihihihi..
  • Adunan aku ni dapat dalam 40 biji.. sebab aku bentuk tak besar sangat, senang anak-nak makan bukan apa..
  • Aku pun baru 1st time buat.. nanti kalu dah pro aku update info kat sini.. ok.. cube la..


Tuesday, July 27, 2010

Popiah sayur

Bahan-bahan

  • Kulit popia 1 bungkus (50 pcs)
  • 1 biji sengkuang
  • 1 biji carrot
  • 2 keping tauhu
  • 2 biji telur
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Tepung gandum untuk dibuat gam.
  • minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-cara

  1. Sengkuang dan carrot disagat.
  2. Tauhu digoreng dan dihancurkan, dan telur digoreng hancur.
  3. Bawang besar dihiris untuk menumis.
  4. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau, masukkan sengkuang dan carrot kacau sekejap. Masukkan kiub ayam (dihancurkan), lada sulah dan sedikit garam. Kemudian masukkan tauhu dan telur. Gaul sehingga sebati. Tutup api dan toskan dan sejukkan inti.
  5. Ambil kulit popia, letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus dan gam dengan menggunakan bancuhan tepung gandum. Buat sampai habis.
  6. Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.

Info

  • Sayur boleh digantikan dengan sayur yg lain mengikut kesesuaian. Namun sayur yang berair seperti timun tidak digalakkan. Sayur lain seperti taugeh dan kacang panjang boleh digunakan.
  • Bahan untuk dibuat gam jugak boleh digantikan dengan bahan lain contohnya putih telur atau tepung jagung. Cuma penggunaan tepung gandum adalah digalakkan kerana menjimatkan kos.
  • Inti adalah PERLU ditoskan dan disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kulit popiah pecah atau basah... sekiranya kulit popiah pecah atau basah ini akan mengakibatkan kuih korang 'makan minyak'
  • Last but not least, tak perlu goreng lama.. kerana semua bahan telah masak... so.. cubelah!