Popiah sayur
Bahan-bahan
- Kulit popia 1 bungkus (50 pcs)
- 1 biji sengkuang
- 1 biji carrot
- 2 keping tauhu
- 2 biji telur
- 1/2 bawang besar
- 1/2 kiub ayam
- 1/2 sudu kecil lada sulah
- Garam secukup rasa
- Tepung gandum untuk dibuat gam.
- minyak untuk menumis dan menggoreng
Cara-cara
- Sengkuang dan carrot disagat.
- Tauhu digoreng dan dihancurkan, dan telur digoreng hancur.
- Bawang besar dihiris untuk menumis.
- Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau, masukkan sengkuang dan carrot kacau sekejap. Masukkan kiub ayam (dihancurkan), lada sulah dan sedikit garam. Kemudian masukkan tauhu dan telur. Gaul sehingga sebati. Tutup api dan toskan dan sejukkan inti.
- Ambil kulit popia, letakkan inti yang dah siap tadi. Kemudian bungkus dan gam dengan menggunakan bancuhan tepung gandum. Buat sampai habis.
- Kemudian goreng dalam minyak penuh sehingga kekuningan.
Info
- Sayur boleh digantikan dengan sayur yg lain mengikut kesesuaian. Namun sayur yang berair seperti timun tidak digalakkan. Sayur lain seperti taugeh dan kacang panjang boleh digunakan.
- Bahan untuk dibuat gam jugak boleh digantikan dengan bahan lain contohnya putih telur atau tepung jagung. Cuma penggunaan tepung gandum adalah digalakkan kerana menjimatkan kos.
- Inti adalah PERLU ditoskan dan disejukkan terlebih dahulu bagi mengelakkan kulit popiah pecah atau basah... sekiranya kulit popiah pecah atau basah ini akan mengakibatkan kuih korang 'makan minyak'
- Last but not least, tak perlu goreng lama.. kerana semua bahan telah masak... so.. cubelah!
No comments:
Post a Comment