Showing posts with label Aku.. siapa?. Show all posts
Showing posts with label Aku.. siapa?. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Cinta pertama...

Dah lama aku tak update blog ni.. banyak yang aku nak tulis.. cuma masa tak mengizinkan... so to come back... takes time.. but sure.. i'll bring this alive again...

"Cinta pertama sukar untuk dilupakan, sampai mati pun takkan lupa.." dialog dari cerita Chinta di TV3... membuatkan aku teringat kepada seseorang... setelah sekian lama, die kembali di ingatan ku... bukan bermakna aku telah lupakan die cuma aku tak ingat... sebab masing2 telah mempunyai kehidupan sendiri...

Aku yakin.. ramai antara kita mempunyai sejarah cinta pertama. Sesiapa yang cinta pertamanya kekal abadi bersamanya, itu adalah satu bonus. Tapi bagi aku, cinta pertamaku berkubur di tengah jalan... Aku tak pernah menyesal, kerana aku bahgia dan bersyukur dengan hidup dan cinta yang ku miliki kini... Tapi cinta pertama kekal diingatan, kerana ia membuatkan aku belajar menyayangi orang lain selain dari diriku sendiri... aku belajar erti rindu, aku belajar untuk memahami hati org lain... cinta pertama selalunya membuatkan kita lebih matang dalam mengenal erti cinta dalam kehidupan kita. Dan adakalanya cinta pertama memberi impak yang besar di dalam kehidupan kita...

Aku juga tak lari dari impak cinta pertama... tapi adakah cinta yang pertama kali dirasakan didalam hidup kita layak dikatakan cinta pertama? bagaimana pula dengan istilah cinta monyet atau cinta remaja? Sebenarnya banyak tafsiran mengenai cinta, bergantung kepada pendapat individu... kebanyakkan pendapat yang dizahirkan menyatakan cinta kerana ALLAH adalah cinta yang sejati. Bagaimana kita nak tahu yang kita cintakan seseorang kerana ALLAH? aku sendiri tak tahu... bagi aku bagaimana kita mengendalikan perhubungan, tingkah laku dan perasaan kita semasa bercinta... itu yang penting.

Cinta boleh membuatkan orang menjadi gila kalu tidak dapat mengawal perasaan. Aku juga pernah melaluinya. Pertama kali aku mengalami putus cinta, aku hampir2 memusnahkan hidup aku sendiri. Kerana tidak dapat mengawal perasaan sendiri.. aku lakukan perkara2 yang tidak aku banggakan malah aku cukup menyesal kini. Kerana seorang lelaki aku memperbodohkan diri sendiri. Dan aku mengambil masa yang agak lama untuk bangkit kembali. Aku membalas dendam dengan cara mempermainkan perasaan lelaki lain... banyak hati yang aku lukakan sepanjang tempoh aku mengubati hati sendiri. Antara ramai2 lelaki yang terlibat, ada seorang yang betul2 ikhlas menyayangi aku... aku tahu dia lelaki yang baik. Cukup segalanya, duniawi dak akhirat. Tetapi aku tak boleh menerima dirinya. aku rasa dia berhak untuk mendapat perempuan yang lebih baik dari aku. Buat insan bernama Nazrin, maafkan aku... aku tak berniat untuk melukakan hatimu.

Dan dikala aku telah mula menerima kenyataan, pada saat itu hadirnya seorang lelaki yang kini bergelar suami padaku... Dia bukanlah seorang lelaki yang sempurna, namun cukup sempurna dimataku. Kerana dia melengkapi diriku... kekuranganku adalah kelebihannya, dan kelebihanku adalah kekurangannya. Abang, terima kasih kerana masih sudi menyayangiku walaupun abang tahu semua cerita hidupku. Aku mahu hubungan ini telus, tak ada apa yang aku sembunyikan dari abang. Malah abang tahu setiap lelaki yang hadir dalam hidupku... dan aku tahu, dalam ramai2 lelaki yang abang tahu... cuma seorang yang abang tak suka dengar mengenainya. Abang tahu yang aku tak pernah lupa padanya. Walaupun tiada lagi rasa cinta padanya... namun dia tak pernah ku lupa kerana dialah cinta pertamaku... tapi abang adalah syurga bagiku.. Aku cinta padamu, Muhammad Aidil bin Ibrahim...

Tuesday, July 27, 2010

Menghampiri Ramadhan

assalamualaikum..

Hari ini 15 syaban... alhamdulillah aku berjaya menyempurnakan puasaku. Lagi 2 minggu umat islam akan kembali bertemu dengan bulan Ramadhan yang dirindui... bulan dimana segala amalan kita akan digandakan oleh Allah. Syukur.. moga aku berjaya mengharungi bulan yang mulia ini...

Bercakap mengenai bulan puasa... benda pertama yang bermain difikiran kita tentulah resipi kuih-kuih tradisional yang akan mula membanjiri pasar-pasar Ramadhan yang tentunya banyak di merata-rata tempat... Oleh itu, aku juga akan berkongsi resipi kuih tradisional yang sering aku sediakan untuk keluarga ku di bulan yang mulia...

Hanya resipi-resipi yang aku biasa lakukan... untuk permulaan aku telah sediakan resipi kuih yg aku paling suka... popiah sayur.. huhhuuhu.. boleh didapati under label Resipiku... Buat masa-masa akan datang aku akan cuba publishkan resipi2 lain yg sering aku sediakan... Enjoy...

Monday, July 26, 2010

Katak keluar tempurung...

Banyak yang aku fikirkan akhir-akhir ini... bila aku pandang muka anak-anak... aku terbayangkan aku semasa kecil... hidup aku, kisah ibu dan ayah, alam sekolah, kawan-kawan, semua bermain di fikiran... paling aku tak lupa... arwah tok dan tok wan... tu yang buat aku menangis setiap kali. Air mata aku tak pernah jemu mengalir bila saja aku terkenang kan arwah insan yang membesarkan aku. Masa arwah wan meninggal... aku menangis dari Seremban sampai Alor Setar... Masa arwah tok meninggal... aku ada di hospital, tapi bila aku tgk tok dalam keadaan tak bernyawa... aku pitam, mujurlah ada suami disisi yang menemaniku setiap masa... namun air mataku berhenti mengalir setengah jam selepas tok disahkan meninggal. Selepas itu tiada setitik pun air mata aku yang gugur... Aku senyum sentiasa... semasa membaca yassin berkali-kali untuk arwah tok semasa mayat sampai ke rumah, semasa aku turut sama memandikan tok, semasa aku turut sama membalut kapan mayat tok, dan semasa aku mengiringi jenazah tok keluar dari perkarangan rumah... Dan ketika semua adik-beradik ibu masih menangis... air mata ku telah kering. Namun aku tahu, tok telah terlepas dari sengsara dunia... dan aku tak perlu lagi risau setiap kali tok diserang sakit jantung... Aku cuma perlu jalankan tanggungjawabku yg terakhir... sedekahkan sebanyak mungkin pada arwah tok dan tok wan... itu jerk cara aku membalas budi mereka... terima kasih tok.. terima kasih wan...

Dan kini.. jauh dari saudara-mara, ibu berasa dirinya tersangat yatim... walaupun ibu mmg telah menjadi yatim piatu... namun kesunyian yang dirasakannya aku faham... Dan atas dasar itu, ibu minta supaya aku jangan menyatimkan anak2 aku... mereka masih mempunyai sedara-mara. Lama aku berfikir sebelum aku lepaskan egoku sedikit demi sedikit... Dan dalam aku membina jatidiri aku sedar.. aku harus memberikan hak anak2 aku kembali... aku perlu berikan hak mereka...

Selama ini, aku membawa anak2 ku jauh dari keluargaku yang kacau bilau... aku menarik suamiku jauh dari keluargaku... aku merapatkan diri dengan keluarga mertua... namun aku merasa dunia ku ini amat kecil... Dengan dorongan ibu, aku kembali mencari adik-beradikku. Demi untuk anak2... itu telah ku lakukan. aku akan membawa anak2 aku ke satu lagi level dalam hidup ini... biar mereka tahu... inilah sebenarnya ibu mereka... dan aku harap aku akan dapat kenalkan kepada mereka siapa atuk mereka yang sebenar... namun untuk itu.. aku masih perlu mengumpulkan segala kekuatan yang ada... kerana itulah luka ku yang paling dalam... selumbar paling tajam yang menusuk hatiku... Setelah bertahun2 aku melupakan panggilan Ayah...

Nur Edlyana Aidil, Muhammad Aniq Zafran dan Muhammad Adib Darius... ibu harap ibu akan kuat untuk memecahkan tempurung yang selama ini ibu gunakan untuk melindungi hati anak2 ibu dari terluka seperti ibu... Ibu mahukan yang terbaik untuk anak2 ibu... Ibu sayang kakak, abang dan adik....