Aku percaya setiap pasangan yang ingin berkahwin atau telah berkahwin
Listenpastinya mahukan cahayamata. Aku sendiri telah mempunyai 3 orang cahayamata, seorang perempuan dan dua lelaki. Tetiba aku tersenyum sendiri pabila teringatkan mereka. Amat meletihkan dfan memeningkan kepala. Aku bukanlah seorang ibu yang sempurna, namun aku ingin berkongsi dengan kawan2 mengenai apa yang aku tahu, apa yang aku baca, dan apa yang aku dengar. Mudah-mudahan menjadi pedoman pada yang lain. Aku ingin menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk semua (kumpul pahala secara tak langsung..)
Ok, banyak perkara yang harus dipertimbangkan sebelum kita memulakan keluarga. Tambahan pula kalu melibatkan orang baru, maksud aku anak... kerana anak ini merupakan anugerah Illahi yang tak ternilai harganya. Jadi sebelum merancang untuk hamil beberapa perkara harus diberi perhatian antaranya ialah:
- Persediaan dari segi material iaitu kewangan keluarga
- Persediaan dari segi spiritual iaitu kesediaan suami atau isteri menerima bayi
- Persediaan dari segi fizikal iaitu diet isteri, diet suami, kesihatan badan isteri.
- Bagaimana bayi itu dihasilkan; untuk itu kita harus tahu masa subur.
- Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk hamil.
- Kaedah terbaik untuk hamil.
- Ujian kehamilan.
- Penjagaan sepanjang tempoh kehamilan.
- Persediaan untuk menyambut kelahiran.
- Penjagaan selepas kelahiran.
- Penjagaan ibu semasa dalam proses berpantang.
- Penjagaan anak2 sepanjang proses pembesaran.
Dan aku rasa banyak lagi yang tak mampu aku nak senaraikan. Sebab tak ada manual yang boleh beritahu kita cara bagaimana untuk menjadi ibu dan ayah. Semuanya kita perlajari dalam tempoh hayat kita. Tak semua ibu bapa melalui ragam dan karenah yang sama. Jadi kita memerlukan cara yang berbeza dalam menangani masalah yang pelbagai. Dan disini aku ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan aku... mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada rakan2 yang lain.
Ok.. di entri yang seterusnya aku akan publishkan sedikit demi sedikit info yang aku kumpul untuk pengetahuan kita bersama. InsyaAllah..
Read phonetically
No comments:
Post a Comment