Hi... selamat berhujung minggu...
Hari ni hari ahad.. so semua ahli keluarga ada di rumah.. hihi.. ayat macam ramai sangat ahli keluarga kan? tapi hakikatnye.. dunia ku ini kecil.. keluarga ku.. ibu ku yg tersayang, suami ku yang tercinta, seorang anak perempuan ku yg cantik : Lyana, dan dua orang anak lelaki ku yang amat lasak : Aniq n Adib... petang macam ni semuanya tgh rileks.. anak ku yg kecil sekali adib tgh tidur dgn tok die.. so ada la time untuk aku dan diriku...
Aku tak tau kenapa aku tetiba nak wat blog.. saja nak cuba2 dan mungkin menjadi tempat aku meluahkan isi hati... Sejak dah meningkat usia nih.. banyak benda yg tak terluah.. banyak yg ku pendam untuk menjaga hati pihak2 tertentu... dan kadang-kala aku menjadi terlalu sensitif atas perkara2 yg remeh.. adakah ini simptom2 usia meningkat? kalu nak dikira.. aku ni tak lah terlalu tua... hampir menginjak 29 tahun pada september akan datang... muda lah lagi kan?
Kelmarin lyana, anak perempuan ku yang berusia 6 tahun menyertai rombongan kelasnya ke KLCC. Hmm.. aku mulanya agak berat nak melepaskan die pergi... sebab aku tak pernah biarkan anak2 ku berjauhan dgn aku... (excluding untuk pergi kerja..) ni kali pertama aku lepaskan Lyana untuk pergi jauh tanpa pengawasan aku. aku tau... seharusnya aku memberi peluang kepada dia untuk meneroka dunia luar dengan sendiri... tapi sebagai seorang ibu hatiku ini gelisah... puas aku menahan air mata ini dari mengalir sewaktu aku menghantar dia naik bas bersama kawan2nya... tapi demi memberi dia pengalaman yang dia berhak alaminya.. aku lepaskan jua... aku cuba tenangkan diri... ini hanya permulaan.. selepas ini.. mungkin lebih yang aku terpaksa lalui...
Sepanjang masa bermula dari aku lepaskan tangannya jam 7.30 pagi sehingga lah aku pegang semula tangannya jam 5.45 petang... aku sentiasa doakan keselamatannya.. dan berdoa agar dia mendapat pengalaman yg berguna untuk proses pembesarannya... bila sampai di rumah... dia mula bercerita macam2... semasa di petrosains.. apa yg dia lihat... semasa di sky bridge KLCC.. perasaannya.. apa yang dilakukan semasa di botanical garden putrajaya... dan pertama kali die makan KFC dengan kawan2.. dia tak lupa adik2...baki KFC yg tak habis dimakan dibawa balik untuk adik2nya... mungkin itulah dia seorang kakak... perasaan yang aku tak pernah rasa... walaupun aku mempunyai adik beradik (yang se-ayah) tapi... kami tak membesar bersama. cuma ketika cuti sekolah sahaja kami bersama. Jadi perasaan tu tak sama....
Malahan.. Lyana sempat membawa pulang cenderahati dari petrosains... pertama kali dia berbelanja sendiri... aku rasa bangga dengannya walaupun yang dibeli hanyalah sebatang pensil dan 4 pemadam yang berbentuk dinosour?mungkin itulah yang menarik dimatanya... lagipun aku tak pernah mendedahkan pada anak2 aku cara berbelanja... kerana aku yang menyediakan segala kelengkapan dan keperluan mereka...
Oklah... dah masa untuk beredar.. mungkin dilain waktu kita dapat berkongsi pengalaman dan cerita yg lain pula... adios amigos... enjoy ur weekend..
No comments:
Post a Comment